Cupcake With Ganache, Ganache Swirl, Heart Flakes & Strawberry Ordered by Mazilah for Her Bestfriend’s Birthday

2009 August 16
by fadzilah

Kat bawah ni adalah gambar Cupcake With Ganache, Ganache Swirl, Heart Flakes & Strawberry yang telah ditempah oleh Mazilah sebagai hadiah harijadi untuk sahabat baiknya, Shasha yang berada di Pontian.

Yang ni pulak adalah Gambar Cupcake yang telah siap untuk dihantar.


ps : Jika Shasha membaca entri ini, akak pun nak ucapkan Selamat Hari Jadi! dan Tahniah! sebab dapat kawan baik macam Mazilah.

pps : Jika Mazilah membaca entri ini, boleh tak akak pun nak jadi kawan baik Mazilah jugak.. hihihi..

Mini Cupcake With Ganache, Ganache Swirl, Oreo & Dairy Milk Ordered by Mazilah

2009 August 16
by fadzilah

Mini Cupcake With Ganache, Ganache Swirl, Oreo & Dairy Milk di bawah telah ditempah oleh Mazilah untuk dimakan bersama ahli keluarganya. Mazilah ni memang peminat seti coklat (macam saya!) dan sangat sukakan Oreo.

Bila saya tengok gambar ni, saya pun rasa terliur jugak. Kejap lagi saya pun nak buatkan sebiji untuk saya. Hehe.. jangan jeles ya. Inilah kelebihan berniaga cupcake..

Mini Cupcake With Ganache, Ganache Swirl & Nib Almond Ordered by Mazilah

2009 August 16
by fadzilah

Di bawah ini adalah gambar Mini Cupcake With Ganache, Ganache Swirl & Nib Almond yang telah ditempah oleh Mazilah untuk para pekerja kafe milik keluarganya. Baik hati betul Cik Mazilah kita ni. Pandai dia ambil hati para pekerjanya.

Selain daripada tempahan ini, dia turut menempah beberapa set yang lain yang akan saya masukkan di dalam entri seterusnya.

Best betul berurusan dengan Mazilah sebab dia suka memberi idea, bertimbang rasa dan tidak cerewet. Rupa-rupanya dia sedang melanjutkan pelajaran di UTM di peringkat PhD di dalam Marketing. Memang sesuai sangatlah…

Kat bawah ini adalah gambar mini cupcake sebelum ditaburkan dengan sprinkles.

Yang ni pulak gambar selepas ditabur dengan nib almond @ badam cincang di atas permintaan Mazilah. Personally saya merasakan ia satu pilihan yang baik kerana coklat dan badam memang sangat ngam.

Testimoni

2009 August 14
by fadzilah

Testimoni daripada komen yang diberikan oleh para pelanggan dan rakan-rakan yang telah mencuba kek dan cupcake kami.

#1 – Ifah (06/08/2009)
Terima kasih banyak2 kak Zila, serius, memang sedap!
Sy ni penggemar kek jgk, jarang dpt makan cupcake.
Tapi sekali makan, mmg sedap, tak muak sbb comel2:)
Rasa satu, nak ambik lagi 2-3 :)
Yang paling sedap, fresh cream n moist chocolate tu mmg terasa lagi sedapnya…

#2 – Liyana (13/08/2009)
hye kak fadzilah!! thank you so much for the cake! mama kite suke sgt kek akak! ayah saya yg jarang2 nak puji kek org sedap and smlm die sgt impress with ur cake!! i love the size, the writing and the flavour!! hehe next on 22nd eh?? and insyaAllah for hr raya too!!tq akak!!!

#3 – Siti Rohana (13/08/2009)
sgt sedap lah cupcake ini dan sgt cute…kite suka…nanti pasti akan ct tempah pula…memandangkan cik abg pun suka…
thanks joy….insyaAllah..kite tak berpisah lagi…Persahabatan yg di bina kerana Allah..

#4 – Kak Rozi Senai (15/08/2009)
Hi! Fadzilah, last week sampel cup cakes and kek lapis yang you bagi tu memang sodap tu. Kek lapis tu serasa betul and the cupcakes really delicious. So kepada kawan-kawan di sana tak rugi order kek lapis and cup cakes memang berbaloi! KAK ROZI SENAI

#5 – Mazilah (17/08/2009)
Wah! penuh satu page dgn order Mazilah jek kan. Giler glamer betul Cik Mazilah ni :) Apapun, Cupcake Kak Fadzilah bg saya sedap dan memuaskan hati sbb :

~ Rasa generous fresh cream yg rich dgn chocolate
~ Yummylicious ganache swirl hingga menjilat jari, mcm creamy aiskrim
~ Tak terlalu manis, sesuai dgn taste bud saya
~ Decoration / Frosting yg cantik & simple
~ Perkhidmatan yg sgt friendly, approachable
~ Great customer service skill, siap dgn after sale servis lg :)
~ Perkhidmatan penghantaran ke pintu rumah, bila2 masa anda mahu, I wish ada midnight delivery lg :)
~ Willingness to explain, berkongsi idea & cadangan apa yg terbaik utk tempahan anda serta memenuhi permintaan peribadi customer
~ Boleh dapatkan sample percuma sebelum membuat keputusan
~ Kesimpulannya, membuat tempahan dgn Kak Fadzilah adalah sgt mudah & stress free

Terima kasih membantu menjadikan hari2 special saya lebih istimewa. Thumbs up! Tq jg sbb sabar & sanggup terima tempahan saya yg bnyak kerenah ni, changing mind every few hour & nak everything, all in 1, hehe. Jgn serik utk tempahan seterusnya. Keep up the good work!

#6 – Farha (17/08/2009)
Sedap… Rasa mcm ice-cream. Rugi klau smua org xcuba… Tp, susah nk cari blog. Lain kali, tulis la kat cup nama blog. senang nnt org nk order. Hehehe…

#7 – Atie (17/08/2009)
Thanks Joy atas kek yg diberi. Mmm memang sedap, rasa tak cukup je 6 biji tu, hehe. Rasa keknya sedap, tak manis sangat, macam kek coklat lembab gitu. Suka… suka sangat. Krim nye pun sedap, macam aiskrim. Belum sempat tuan kek balik, dah habis krim tu dijilat anakku Amira. Decoration yg dipacak kat atas kek tu pun Amira suka, dia wat main2 lepas tu. Kalo ada apepe event nanti aku tempah ngan mung la.

Mini Cupcake Ordered By Ifa’s Officemate

2009 August 14
by fadzilah

Hari ini officemate Ifa telah mengorder 2 set Mini Cupcake untuk testing. 1 set adalah Mini Cupcake With Fresh Cream & Sprinkles seperti di bawah.

Satu lagi adalah Mini Cupcake With Fresh Cream + Ganache & Sprinkles. Nak tengok camner rupanya?


Nampak tak kilauan Ganache yang sungguh menggiurkan tu? Saya tengok pun tergoda habis..

Yang kat bawah ni pulak adalah hadiah untuk Ifa dan kawan2. Maklumlah Ifa kan dah jadi free promoter untuk bisnes saya ni. Jika Ifa membaca post ni, akak nak ucapkan bebanyak terima kasih pada Ifa sebab tolong promotekan bisnes akak pada kawan2. Semoga Ifa sentiasa dimurahkan rezeki. Amin..

Chocolate Moist Cake With Ganache, Fresh Cream & Almond For My Family

2009 August 13
by fadzilah

Kek di bawah ni saya buat untuk makan-makan di rumah. Boring jugak kan asyik makan cupcake je. At least, kalau orang datang rumah tu boleh jugak hidangkan kek.

Saya ni memang sukakan gabungan ganache, fresh cream dan almond. Sebab itulah saya buat bentuk love besar2 menggunakan fresh cream. Love tu jugak melambangkan rasa kasih dan sayang saya pada suami dan anak2.

Almond pulak memang sangat ngam bila digabungkan dengan ganache. Sodap!!

Tadi semasa Kak Long saya datang rumah, saya pun hidangkanlah kek ini kat dia. Mula-mula dia taknak makan banyak sebab dah agak lewat (dalam pukul 10 lebih) dan dia pun dah kenyang. So, saya potonglah sedikit untuk dia. Sekali bila dah makan, siap mintak tambah..

Menurut kakak saya, bila dah makan kek saya, dia dah tak bernafsu dengan kek-kek lain apatah lagi dengan Twiggies. Sebelum ni dia memang minat Twiggies, tapi sekarang ni dia dah jadi peminat setia kek dan cupcake saya.

Mungkin disebabkan bila kita meniaga dari rumah, kita akan menggunakan barang-barang yang berkualiti seperti yang kita buat untuk diri sendiri. Dengan itu, rasa kek kita lebih sedap daripada kek-kek yang dibuat di kilang dan sebagainya.

Saya rasa inilah sebabnya otai-otai yang menjual kek dan cupcake dari rumah ni banyak mendapat tempahan sehinggakan terpaksa menolak tempahan yang diterima.

P/S : Kek tu masih ada separuh lagi. Kalau nak rasa, jemputlah datang rumah..

Mini Cupcake With Ganache, Ganache Swirl & Chocolate Rice

2009 August 12
by fadzilah

Hari ini saya telah berjumpa Kak Rozi dari CIMB Senai bagi memberikan sampel kek lapis. Kak Rozi telah melihat iklan saya di Mudah.my dan telah menghubungi saya pada minggu lepas untuk mendapat maklumat lanjut tentang jenis dan harga kek lapis.

Terlanjur kat rumah ada beberapa biji cupcake, saya pun terus decorate sebagai buah tangan kepada Kak Rozi. Sebagai tanda perkenalanlah katakan… (sambil2 promote cupcake jugaklah kiranya.. hihi..)

Tahu tak apa yang dinamakan Ganache Swirl? Actually ia adalah fresh cream yang dicampurkan dengan ganache. Kira memang chocolatey habisla.. Dengan kata lain, memang sangat sesuai untuk penggemar-penggemar coklat seperti saya ni..

Jom kita layan gambar…


Chocolate Moist Cake With Ganache, Almond & Strawberries Ordered by Liyana For Her Father’s Birthday

2009 August 12
by fadzilah

Gambar di bawah adalah gambar Chocolate Moist Cake yang ditempah oleh Liyana dari KL sempena harijadi ayahnya. Liyana juga meminta saya untuk menghantar kek ini ke rumah keluarganya di Taman Sutera, Johor.

Kek ini saya potong ditengahnya dan masukkan ganache untuk menambahkan lagi kelembapannya. Toppingnya pun daripada ganache dan tepinya disalut dengan almond.

Secara amnya saya berpuas hati dengan kek ini kecuali pada bahagian tulisan kerana ianya terlalu besar. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mengaku bahawa saya tidaklah begitu pandai menulis di atas kek besar. Mungkin sebab dah terbiasa menulis di atas cupcake. Sebab tu lah hasilnya tidak begitu memuaskan hati. Nampak gayanya lepas ni saya kena praktis menulis di atas kek besar.

Nasib baiklah Liyana ni sungguh baik hati dan tidaklah terlalu cerewet. Semoga Liyana berpuas hati dengan tempahan ini dan keluarga Liyana gembira menikmatinya..


Latest update :

Alhamdulillah family Liyana sukakan rasa kek ini dan Liyana pun suka dengan design kek ini kerana agak ‘childish’. Bila difikirkan rasa kelakar pun ye, yelah saya punyalah rasa sedih kerana rasa boleh buat yang lebih baik, padahal Liyana suka dengan design tu. Apa-apapun saya rasa happy sangat kerana boleh menggembirakan keluarga Liyana.

The best part is Liyana turut menempah sebiji lagi kek untuk ibunya pada 23hb Ogos ini dan mungkin akan membuat tempahan kek untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bila pelanggan bagi feedback yang positif macam ni, saya rasa berbaloi sangat setiap saat yang digunakan dalam proses penyediaan kek ini.

p/s : Kalau dah ada repeat order tu, maknanya keknya memang sedap la kan? Kalau nak rasa, kenalah order dulu. Hehe… ayat promosi lagi..

Mini Cupcake With Fresh Cream, Oreo & Heart Flakes For My Dear Long Lost Friend, Siti Rohana

2009 August 11
by fadzilah

Hari ini saya telah menziarahi seorang sahabat baik saya semasa zaman persekolahan saya di MRSM Pengkalan Chepa, batch 97/98 iaitu Siti Rohana.

Last time saya jumpa Ct pada tahun 1999 iaitu dah 10 tahun. Lama tu…

Sebagai buah tangan, saya telah decorate dan hadiahkan mini cupcake di bawah kepada Ct. Cupcake ini dihias dengan menggunakan Oreo. Tetiba rasa diri ini kreatif pulak.

Apa-apa pun, semoga Ct bahagia selalu dan semoga kami tidak terpisah lagi. Amin…


Mini Cupcake With Fresh Cream, Colourful Stars & Cadbury Dairy Milk

2009 August 9
by fadzilah

Kat bawah ni adalah beberapa gambar Mini Cupcake With Fresh Cream, Colourful Stars & Cadbury Dairy Milk yang ditempah oleh Ifa untuk sahabatnya.

Seronok sangat bila tengok reaksi Ifa bila dapat mini cupcake ni. Katanya cupcakenya “Comel Sangat!!”. Masa saya berbual dengan dia pun, dia asyik jeling cupcake je. Harap2 dia berjaya menahan godaan cupcake saya. Hihi..

In fact, saya sendiri pun rasa cupcake ni adalah antara design tercomel yang saya hasilkan. Harap2 lepas ni saya mendapat lebih banyak ilham untuk menghasilkan design2 yang lebih menarik.