Kek “Selamat Berpuasa” di bawah telah ditempah oleh Cik Mazilah sempena jamuan yang diadakan untuk para pekerja kafenya sempena menyambut Ramadhan. Dengar khabarnya Cik Mazilah turut menyediakan juadah kambing bakar dan juga Pizza Hut. Beruntunglah para pekerja Cik Mazilah..
Walaupun kek ni dah nampak sungguh menggiurkan, tetapi bila dimakan lebih istimewa kerana di dalamnya ada ganache layer yang dicampur dengan badam cincang (almond nib) dan juga fresh cream layer yang sungguh enak.
Kepada Mazilah, akak nak ucapkan terima kasih kerana tak jemu2 mengorder dari akak. Kepada kawan2 lain pula saya ucapkan “Selamat Menjamu Mata!”



Mini Vanilla Cupcake With Ganache, Ganache Swirl & Colour Rice ini ditempah untuk kali kedua oleh Kak Rozi dari Senai. Kali pertama adalah pada dua hari lepas. Terharu pulak rasanya dapat repeat order dalam tempoh yang singkat macam ni.
Terima kasih banyak-banyak ye Kak Rozi. Semoga berpuas hati dengan cupcakenya..


Hari ini saya cuba membuat hiasan berbeza di atas Mini Vanilla Cupcake yang akan diberikan kepada Kak Zala sebagai sampel pada esok pagi.
Selamat menjamu mata!!






Lagi tempahan dari Kak Rozi. Yang ni saya hiaskan dengan Colourful Stars supaya nampak comel di mata anak-anak Kak Rozi.


Risau jugak kotlah terlalu chocolatey.. Alhamdulillah lega rasanya lepas baca komen dari Kak Rozi yang berbunyi:
Hari ini akak dapat cupcakes yg di order.Yummy mak, anak akak cakap. Memang sedap, rugi kalau kawan2 lain belum rasa.Thanks Fazillah.
Saya pun nak ucapkan terima kasih daun keladi pada Kak Rozi kerana sudi menempah cupcake dari saya. Kalau sedap, order lagi..
Cupcake di bawah ni adalah berperisa Vanilla dan ditempah oleh Kak Rozi dari CIMB Senai. Untuk raya ni, Kak Rozi turut menempah 5 biji kek lapis. Kak Rozi ni sangat mesra dan baik hati orangnya. Senang dan seronok berurusan dengannya.
Memandangkan cupcake ni untuk makan2 sendiri, dia pun tak tetapkan tarikh penghantaran dan terpulang pada saya. Baik hati tak? Senangnya hati dapat pelanggan macam ni…
Rasanya pelanggan saya semua baik hati kan? Hehe.. biasalah tu.. Kalau peniaganya baik hati, mestilah dapat pelanggan yang baik hati. Tak gitu?
P/S : Kepada sesiapa yang ingin membuat kredit kad CIMB tanpa yuran tahunan sepanjang hayat, boleh hubungi saya untuk mendapatkan contact no Kak Rozi.


Cupcake With Ganache & Heart Flakes di bawah ni saya hiaskan untuk suami tersayang sebagai tanda terima kasih saya kepadanya. Maklumlah dia banyak membantu saya dalam apa jua bisnes yang dilakukan.
Untuk bisnes cupcake ni, dia telah ubahsuai sebuah bilik kat rumah saya untuk dijadikan bilik membuat kek. Dia jugak banyak membantu memberi idea untuk menghias kek dan sebagainya.
Jika suami saya membaca entri ini, saya ingin mengucapkan “I Love You & Thank You For Supporting Me!)

Mini Cupcake With Ganache & Colour Rice ni saya hadiahkan untuk klien saya iaitu En Hishamuddin dari Pekan Nenas, Johor. Maklumlah dia ni pelabur setia di dalam Public Mutual dan merupakan salah seorang klien favourite saya.
Kepada klien2 saya yang belum mendapat hadiah cupcake dari saya, jangan kecik hati ye.. Sebenarnya kalau dah berjumpa tu, memang saya hadiahkan. Yang mana yang saya belum sempat jumpa tu, minta maaf banyak2 ye.. Insya’Allah cupcake ini akan sampai ke tempat anda tidak lama lagi. Kepada yang nak cupcake percuma pulak.. Apa lagi, kenalah melabur dulu…
Kalau nak tahu tentang pelaburan Unit Trust dari Public Mutual, boleh layari laman web ini http://unittrust.fadzilahmamat.com ataupun menghubungi saya di talian 012-7498940. (Promosi lagi… )
Ok, jom kita layan gambar yang sangat comel dan menggiurkan ni..


Kek di bawah telah ditempah oleh Kak Long saya bagi menyambut Ramadhan. Sebenarnya Kak Long saya ni memang peminat kek. Cari alasan je nak order kek. Sebab tu lah belum puasa pun dah order kek Selamat Berpuasa.
Kek ini adalah chocolate moist cake dengan lapisan ganache dan fresh cream. Toppingnya pula adalah menggunakan fresh cream, coklat parut, strawberri dan cadbury dairy milk. “Selamat Berpuasa” tu pula ditulis di atas coklat menggunakan fresh cream.
Kak Long ambil kek ini dalam pukul 12 tengahari. Pukul 2 petang saya call dia untuk dapatkan feedback, rupa2nya kek tu dah pun habis. Sekejap je dikerjakan oleh Kak Long dan anak2nya (Sarah dan Umar) yang juga hantu kek seperti Mamanya..
Dengan kata lain, rasanya memang meletop!!
Kepada yang belum mengorder, dijemput menjamu mata dengan gambar2 kek yang sudah selamat dimakan..



Semalam saya berjumpa dengan seorang rakan yang bernama Miss Juliana atau lebih dikenali dengan Miss. Actually parents beliau memang kreatif kerana menamakan setiap anak mereka dengan nama Miss. Dengan cara ni, anaknya akan sentiasa kekal muda kerana akan dipanggil Miss sepanjang masa.
Salah seorang kakaknya pernah menjadi pembaca berita TV3 iaitu Miss Laiha Binti Mat Kiah. Kalau anda otai TV3 mesti kenal dengan kakak Miss ni.
Saya bertemu dengan Miss kerana menemani dia untuk mendengar penerangan tentang satu peluang perniagaan terkini. Memandangkan saya agak berpengalaman dengan MLM, networking business dll jadi Miss meminta bantuan saya untuk turut mendengar penerangan tersebut dan seterusnya ingin meminta pandangan saya.
Terlanjur ingin berjumpa Miss, saya pun hiaslah sedikit Mini Cupcake (lebihan dari tempahan Mazilah) untuk dihadiahkan kepada Miss. Memandangkan saya hanya ada masa kira-kira 10 minit untuk menghias cupcake ini, maka saya hanya menggunakan Ganache Swirl yang ada dicampur dengan Almond Nib dan Colour Rice.
Walaupun hasilnya agak crowded (saya suka yang simple) tetapi saya rasa gembira kerana Miss sangat happy selepas menerimanya.

Mazilah tempah cupcake lagi.. Hai.. bertuahnya jadi peniaga cupcake yang dapat customer macam Cik Mazilah ni.
Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat sebab melalui bisnes cupcake yang baru je nak bertapak ni, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan seterusnya menjalinkan ikatan persahabatan dengan mereka.
Makin banyak urusniaga yang dilakukan, kami makin mengenali hati budi masing-masing. Dan ternyata kami ni memang sekepala sebab sama2 suka coklat, sama2 suka bercakap, sama2 baik hati dan sama2 comel. Hehe.. kenyataan yang bunyinya agak perasan tetapi benar.
Cupcake yang ditempah oleh Mazilah ni adalah untuk adik kawannya yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UTM.
Untuk menampakkan cupcake ini custom-made atau ditempah khas untuk Haizan, maka Mazilah meminta saya menulis nama Haizan di atas cupcake. Pikir punya pikir, akhirnya saya menggunakan white chocolate untuk dijadikan sebagai tapak dan menulis nama Haizan menggunakan coklat cair.
Logo UTM dan topi konvo tu pulak adalah Edible Image (Imej yang diprint menggunakan bahan-bahan yang boleh dimakan. Kalau nak masukkan gambar sendiri pun boleh).

Lastly, saya ingin mengucapkan Hepi Convo & Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan yang berkonvo pada Majlis Konvokesyen ke 43 Universiti Teknologi Malaysia.