Chocolate Moist Cake With Ganache, Almond & Strawberries Ordered by Liyana For Her Father’s Birthday

2009 August 12
by fadzilah

Gambar di bawah adalah gambar Chocolate Moist Cake yang ditempah oleh Liyana dari KL sempena harijadi ayahnya. Liyana juga meminta saya untuk menghantar kek ini ke rumah keluarganya di Taman Sutera, Johor.

Kek ini saya potong ditengahnya dan masukkan ganache untuk menambahkan lagi kelembapannya. Toppingnya pun daripada ganache dan tepinya disalut dengan almond.

Secara amnya saya berpuas hati dengan kek ini kecuali pada bahagian tulisan kerana ianya terlalu besar. Dengan penuh rasa rendah diri, saya mengaku bahawa saya tidaklah begitu pandai menulis di atas kek besar. Mungkin sebab dah terbiasa menulis di atas cupcake. Sebab tu lah hasilnya tidak begitu memuaskan hati. Nampak gayanya lepas ni saya kena praktis menulis di atas kek besar.

Nasib baiklah Liyana ni sungguh baik hati dan tidaklah terlalu cerewet. Semoga Liyana berpuas hati dengan tempahan ini dan keluarga Liyana gembira menikmatinya..


Latest update :

Alhamdulillah family Liyana sukakan rasa kek ini dan Liyana pun suka dengan design kek ini kerana agak ‘childish’. Bila difikirkan rasa kelakar pun ye, yelah saya punyalah rasa sedih kerana rasa boleh buat yang lebih baik, padahal Liyana suka dengan design tu. Apa-apapun saya rasa happy sangat kerana boleh menggembirakan keluarga Liyana.

The best part is Liyana turut menempah sebiji lagi kek untuk ibunya pada 23hb Ogos ini dan mungkin akan membuat tempahan kek untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bila pelanggan bagi feedback yang positif macam ni, saya rasa berbaloi sangat setiap saat yang digunakan dalam proses penyediaan kek ini.

p/s : Kalau dah ada repeat order tu, maknanya keknya memang sedap la kan? Kalau nak rasa, kenalah order dulu. Hehe… ayat promosi lagi..

One Response leave one →
  1. 2009 August 13
    love of nanamir permalink

    hye kak fadzilah!! thank you so much for the cake! mama kite suke sgt kek akak! ayah saya yg jarang2 nak puji kek org sedap and smlm die sgt impress with ur cake!! i love the size, the writing and the flavour!! hehe next on 22nd eh?? and insyaAllah for hr raya too!!tq akak!!!

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

CommentLuv Enabled