First Day Joining Expo in UTM

2009 July 22
by fadzilah

Hari ni merupakan hari pertama saya join expo di UTM Skudai. Rasa kelakar pun ada. Yelah, selama ni kan cuma buat cupcake untuk makan-makan sendiri je. Tapi kali ni target untuk jual pulak. Tetiba rasa malu…

Hari pertama ni, saya cuma bawak 20 biji cupcake je. Sikit kan? Maklumlah, baru nak test market.. Saya sampai di tapak expo agak lewat (dalam pukul 10.30 malam) sebab hari ni saya ada appointment sampai petang dan cuma sempat buat decoration pada cupcakes selepas maghrib. Kalau nak diikutkan, rasa malas sangat nak hantar cupcakes saya ke expo, tapi memandangkan esok saya ada kelas di Public Mutual JB terpaksalah saya gagahkan diri jugak.

Mula-mula sampai rasa malu sangat.. Fizi, Yazid & Wan (3 orang jejaka hensem yang menyewa tapak ekspo dan mengajak saya turut serta join booth diorang) terus mencuba cupcake. Nervous gak masa tu. Kotlah tak kena dengan selera diorang. Alhamdulillah, diorang suka dengan cupcake saya. Actually saya dah ubah resepi icing buttercream supaya tidak terlalu manis. Hasilnya sungguh memuaskan (ala-ala aiskrim..) dan memang kena dengan citarasa diorang.

Walaupun saya sampai agak lambat dan pengunjung dah tak ramai, saya rasa happy sangat sebab berjaya jual 4 biji cupcake. The best part is 2 of my customers siap mintak contact number for future orders. Rasa happy sangat.

Walaupun bisnes cupcake ni agak memenatkan, tetapi rasa seronok sangat bila melihat pelanggan menikmati every bite of our cupcake.

Nak tengok gambar cupcake saya? Jeng jeng jeng….





Kalau nak tengok lagi, layari http://www.flickr.com/photos/cupcakemanja/

Lupa pulak nak tunjuk gambar pelanggan yang menikmati cupcake saya.. Yummy…

No comments yet

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS

CommentLuv Enabled