Cupcake With Ganache, Ganache Swirl & Nib Almond Ordered by Mazilah for Haizan’s Convocation Day
Mazilah tempah cupcake lagi.. Hai.. bertuahnya jadi peniaga cupcake yang dapat customer macam Cik Mazilah ni.
Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat sebab melalui bisnes cupcake yang baru je nak bertapak ni, saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru dan seterusnya menjalinkan ikatan persahabatan dengan mereka.
Makin banyak urusniaga yang dilakukan, kami makin mengenali hati budi masing-masing. Dan ternyata kami ni memang sekepala sebab sama2 suka coklat, sama2 suka bercakap, sama2 baik hati dan sama2 comel. Hehe.. kenyataan yang bunyinya agak perasan tetapi benar.
Cupcake yang ditempah oleh Mazilah ni adalah untuk adik kawannya yang akan menghadiri Majlis Konvokesyen di UTM.
Untuk menampakkan cupcake ini custom-made atau ditempah khas untuk Haizan, maka Mazilah meminta saya menulis nama Haizan di atas cupcake. Pikir punya pikir, akhirnya saya menggunakan white chocolate untuk dijadikan sebagai tapak dan menulis nama Haizan menggunakan coklat cair.
Logo UTM dan topi konvo tu pulak adalah Edible Image (Imej yang diprint menggunakan bahan-bahan yang boleh dimakan. Kalau nak masukkan gambar sendiri pun boleh).

Lastly, saya ingin mengucapkan Hepi Convo & Selamat Maju Jaya kepada semua rakan-rakan yang berkonvo pada Majlis Konvokesyen ke 43 Universiti Teknologi Malaysia.



Thanx effort bersungguh2 akak realisasikan permintaan saya utk gambar scroll + mortarboard & personalization nama Haizan tu on ur own convocation day plak tu. Terharu!
Sama2 kasih…
Akak pun terharu dengan Mazilah sebab support bisnes akak yang baru nak bertapak ni dan jugak di atas segala komen2 yang membina.
Thank you Cik Mazilah!