Chocolate Moist Cake With Ganache, Fresh Cream & Almond For My Family
Kek di bawah ni saya buat untuk makan-makan di rumah. Boring jugak kan asyik makan cupcake je. At least, kalau orang datang rumah tu boleh jugak hidangkan kek.
Saya ni memang sukakan gabungan ganache, fresh cream dan almond. Sebab itulah saya buat bentuk love besar2 menggunakan fresh cream. Love tu jugak melambangkan rasa kasih dan sayang saya pada suami dan anak2.
Almond pulak memang sangat ngam bila digabungkan dengan ganache. Sodap!!
Tadi semasa Kak Long saya datang rumah, saya pun hidangkanlah kek ini kat dia. Mula-mula dia taknak makan banyak sebab dah agak lewat (dalam pukul 10 lebih) dan dia pun dah kenyang. So, saya potonglah sedikit untuk dia. Sekali bila dah makan, siap mintak tambah..
Menurut kakak saya, bila dah makan kek saya, dia dah tak bernafsu dengan kek-kek lain apatah lagi dengan Twiggies. Sebelum ni dia memang minat Twiggies, tapi sekarang ni dia dah jadi peminat setia kek dan cupcake saya.
Mungkin disebabkan bila kita meniaga dari rumah, kita akan menggunakan barang-barang yang berkualiti seperti yang kita buat untuk diri sendiri. Dengan itu, rasa kek kita lebih sedap daripada kek-kek yang dibuat di kilang dan sebagainya.
Saya rasa inilah sebabnya otai-otai yang menjual kek dan cupcake dari rumah ni banyak mendapat tempahan sehinggakan terpaksa menolak tempahan yang diterima.
P/S : Kek tu masih ada separuh lagi. Kalau nak rasa, jemputlah datang rumah..




hantarlah dtg ke rumah…heheheh…
mlm td dtg x bw skali…heheh..
Tawaran ni hanya terbuka untuk tetamu yang datang ke rumah je..
Kalau nak rasa, jemputlah ke rumah akak..