Disebabkan saya sedang mengandung dan mengalami alahan yang agak teruk, saya terpaksa menutup tempahan buat sementara waktu.
Terima kasih kepada rakan-rakan dan para pelanggan yang memberi sokongan selama ini.
Apabila kesihatan sudah mengizinkan, saya akan mengambil tempahan semula. Harap maklum.
Hari ini saya telah mendapat panggilan dari Azlina yang ingin mengetahui saiz sebenar Cupcake With Chocolate Rice. Ini kerana cupcake ini menggunakan paper liner dan bukannya Solo Cup Size M.
Bagi memenuhi permintaan Azlina, saya telah meminta jurugambar tersohor (Cikgu Wan) untuk mengambil gambar close up cupcake beserta pembaris.

Ketinggian : Dalam 4cm

Diameter Kek : Dalam 5.5cm
Ini pulak gambar cupcake apabila digandingkan dengan air kotak (supaya lebih jelas)..
Untuk pengetahuan anda, cupcake ini berharga RM1.50 sebiji untuk tempahan kurang dari 100 biji. Jika lebih, sila hubungi saya untuk berunding soal harga..
Alhamdulillah.. disebabkan permintaan yang sangat menggalakkan kami terpaksa menutup tempahan Kek Lapis untuk sementara waktu dan hanya menerima tempahan selepas 27 September (seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri).
Di sini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ribuan terima kasih kepada semua para pelanggan yang memberi sokongan kepada saya selama ini.
Bermula hari ini, kami menerima membuka peluang kepada rakan-rakan di seluruh Malaysia untuk membuat tempahan kek lapis. Kek lapis ini akan dihantar secara pos menggunakan khidmat Pos Laju oleh Pos Malaysia yang hanya mengambil masa 1-2 hari bekerja.
Untuk menyediakan khidmat ini, kami akan mengenakan sedikit caj tambahan sebagai bayaran kepada Pos Malaysia dan juga untuk packaging yang lebih selamat dan tahan lasak.
Sila klik di sini untuk mengira caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia.
Sebagai contoh, Kek Lapis 1kg akan menjadi lebih kurang 1.2Kg selepas dibungkus. Di sini, caj Pos (tidak termasuk jumlah cukai dan caj tambahan oleh Pos Malaysia sebanyak 25%) adalah sebanyak RM7.50.
Setelah dicampur cukai dan caj tambahan oleh Pos Malaysia sebanyak 25% dan kos pembungkusan, maka kos untuk penghantaran adalah sebanyak RM14.00. Sangat berpatutan, kan?
Jika anda berminat untuk membuat tempahan Kek Lapis, sila maklumkan jumlah yang ingin ditempah dan kami akan bantu anda untuk mengira Kos Penghantaran.
Kat bawah ni adalah Almond Brownies yang ditempah oleh Cikgu Ridzuan untuk isterinya yang baru je disahkan mengandung anak ketiga. Romantik jugak Cikgu Ridzuan ni ye..
Nak tahu tak siapa Cikgu Ridzuan? Hehe… suami sayalah! (Untuk pengetahuan rakan-rakan, saya baru je disahkan mengandung semalam. Alhamdulillah… seronok sangat rasanya. Maklumlah anak saya yang kedua tu pun dah lebih 3 tahun, so dah boleh dapat adik sangat dah..)
Memandangkan kedua2 anak saya adalah lelaki, kali ni saya sangat berharap untuk mendapat baby girl. Namun begitu, kalau dapat anak lelaki lagi pun saya tak kisah. Bukan apa, nanti bertambahlah Ultraman yang boleh membantu menyelamatkan dunia. Hehe…
Brownies ni rasanya memang Chocolatey habis!! Masa masak pulak, semerbak bau coklat.. Betul2 menggoda jiwa Mak Buyung ni..


Kek “Salam Perpisahan” ini telah ditempah oleh Ifa, Miha & Aisyah di atas perpisahan mereka. Ini kerana, Aisyah & Miha akan pulang ke kampung dan meninggalkan Ifa.
Memandangkan Miha merupakan salah seorang guru Iqra’ di Kelas Iqra’ yang saya anjurkan, maka secara otomatik saya telahpun kehilangan seorang guru Iqra’ yang saya kasihi. Sedih jugak rasanya kerana Miha ni memang boleh diharap.
Diharap Ifa, Miha & Aisyah seronok menikmati kek ini dan semoga perhubungan yang terjalin antara kita akan kekal selamanya..


Cupcake ini telah ditempah oleh sahabat saya Ati untuk makan-makan terutamanya untuk anaknya, La Dolce Amira yang suka kek.
Untuk menarik minat Amira, saya pun hiaskanlah cupcake ini berwarna-warni. Semoga Ati dan Amira suka dengan cupcakenya.
Terima kasih daun keladi ye Ati. Lain kali orderlah lagi dan lagi dan lagi…


Ini pula adalah tempahan dari Aisyah (Teman serumah Ifa yang juga merupakan pelajar Masters di UTM Skudai) untuk dibawa ke rumah bakal mertua untuk menyambut Ramadhan.
Aisyah mahukan Mini Cupcake With Fresh Cream dan dihias dengan Cadbury Dairy Milk, Oreo, Strawberi dan jugak Jelly. Actually inilah first time saya menghias cupcake menggunakan Jelly. Pada mulanya saya rasa permintaan Cik Aisyah ni agak kelakar tetapi bila saya rasa, memang sedap rupanya bila Jelly digabungkan dengan Fresh Cream. Kreatif jugak Aisyah ni ye..
Untuk menampakkan kelainan, saya gunakan warna Fresh Cream yang berbeza bagi setiap dekorasi. Bila dah separuh siap, saya rasa ianya comel sangat… Macam warna pelangi gitu! So, saya terus snap beberapa gambar sebelum saya letakkan hiasan tambahan.
Kat bawah ni adalah gambarnya.. Comel kan?


Yang ni pulak adalah gambar selepas saya letakkan Cadbury Dairy Milk, Mango Jelly, Oreo dan Strawberry. Sungguh mengancam!!


Semoga Cupcake ini dapat membantu Aisyah menambat hati bakal mertua. Nak kawin nanti, jangan lupa jemput akak ye!!
Mini Cupcake ni ditempah oleh Ifa untuk dibawa balik ke kampungnya di Perak. Ifa mahukan kedua2 jenis cupcake iaitu Chocolate Moist dan Vanilla.
Ifa tidaklah begitu spesifik dalam membuat tempahan dan memberi kebebasan berkarya sepenuhnya untuk saya. So, saya gunakan Fresh Cream biru muda untuk Cupcake Vanilla dan Fresh Cream hijau muda untuk Cupcake Chocolate Moist.
Heart Flakes warna pink tu pula diletakkan sebagai tanda kasih sayang Ifa pada keluarganya.
Diharap Ifa dan Cupcake ini selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta..


Selain dari Chocolate Moist Cake di entri sebelum ini, Cik Mazilah juga menempah 1/2 Kg Kek Lapis Rempah dan 1/2 Kg Kek Lapis Asam Manis.
Maklumlah kebanyakan pekerjanya sudah berumur, jadi kenalah tempah kek yang kena dengan selera mereka. Pandai betul Cik Mazilah ni ye…
Di bawah ini adalah gambar Lek Lapis Asam Manis 1/2 Kg diikuti dengan Kek Lapis Rempah 1/2 Kg. Semoga para pekerja Cik Mazilah gembira menikmati kek-kek ini..

